Monday, 10 November 2014

Cara memohon sample Susu Maternal Friso

Kali ni I nak share tentang nak mohon FREE sample bagi susu Friso. Penting bagi Ibu mengandung especially yang baru ni untuk try produk-produk susu untuk ibu mengandung, sebab nak cari jenama yang sesuai dengan badan. Yela, lain tuan badan, lain selera die kan. yang tak tahan bau, nak yang berperisa atau nak cari yang tak alergik.

Minum susu ni penting bagi mendapatkan khasiat yang secukupnya sebab pemakanan harian kita maybe tak cukup nak provide all the nutrien. sebab tu ibu mengandung perlukan pemakanan supplemen dan juga susu mengandung ni. Tapi dari apa yang I dah perhatikan, jenama susu ibu ni kebanyakkan nya mengandungi dan provide khasiat dan nutrien yang sama. tapi dari segi kualiti dan bahan tertentu untuk penyerapan terbaik maybe lain-lain. tu ikut bajet dan kapasiti RnD company tu tersendiri la kan. yang big company bajet besar mesti RnD diorang lebih power. Agaknye kot....

Tapi entry kali ni I just nak share tentang applying sample from Friso, product by Dutch Lady. Sebenarnya sangat senang nak apply ni kot. di zaman internet, akses di hujung jari. korang tak perlu nak gi buat application dan isi form kat kilang diorang untuk sample.hehehe...

Artikel berkaitan jenama susu pilihan terbaik:

Apa yang korang perlu buat adalah melawat ke laman web rasmi diorang iaitu:

Nanti korang akan sampai ke page ni:


Korang kena la register dulu sebelum meminta sample susu Friso ni. Register pun Free, so daftarkan aje la. 5 minit setel bab pendaftaran tu. lepas tu korang klik kat tab Try Friso Gold tu.


Kiter kasi klik Try it Now . Lepas tu login dan apply for sample. Boleh apply untuk maternal atau untuk anak2 punya susu.


Tadaaa....dah siap. Permohonon tengah di proses. So kite goyang kaki tunggu di rumah.


Nanti kalau dah sampai I share tunjuk packaging, sample dan product susu tu lepas di bancuh. Jom la try. Kalau you all dah try, share pengalaman di ruangan komen tu tau. Jumpa lagi nanti dalam next entry


Sunday, 9 November 2014

Jenama Susu Ibu Hamil Terbaik

Assalamualaikum,

Kali ni I nak cerita pasal Jenama Susu Ibu Hamil Terbaik untuk korang pilih time pregnant ni. Sebenarnya bab nak amalkan minum susu ni sangat baik even kalau di luar waktu pregnant sebab susu ni mengandungi pelbagai khasiat, vitamin yang baik untuk badan. 


As for ibu mengandung pulak, memang la sangat digalakkan bagi mendapatkan nutrien yang lengkap selengkapnya untuk si cilik dalam kandungan tu. Susu untuk wanita hamil ni selalunya lengkap dengan asid folic, zat besi, kalsium dan lain-lain yang amat diperlukan bagi tumbesaran anak dalam perut tu.

Kalsium sangat penting untuk tumbesaran tulang anak

"Anda mungkin nak tau tentang makanan nak elak kalsium badan tak sampai kat kandungan:" http://dairylovebymama.blogspot.com/2014/11/7-pantang-larang-ketika-hamil.html

Actually banyak pilihan untuk para ibu memilih susu ni kerana syarikat2 ni tau kepentingan susu ni kepada ibu hamil. Rasa nye tak sah kalau tak mulakan review tentang susu ibu mengandung ni kalau tak cerita pasal Anmum. I rasa Anmum adalah the most popular susu bagi ibu mengandung. sebut je susu ibu mengandung mesti ingat Anmum. Anmum for pregnant ladies ada dalam 3 perisa, vanilla, cokolat and mango. ikut pilihan masing-masing tentang perisa tu. I personally suka Anmum mango sangat la terasa mango nya. Yela sebab I bukan la peminat tegar minum susu ni, so nak cover die punye bau tu I biar mango counter bau susu tu.


Lepas tu here comes Dumex , salah satu pesaing Anmum yang sangat popular dalam industri ibu mengandung ni. Tapi I tak pernah try lagi Dumex ni. But ada sesetangah orang yang cakap tak tahan dengan bau Dumex Mama. but maybe tu sebab hidung sensitif, biasa la kan hidung ibu mengandung. Pantang bau-bauan yang pelik. Silap hari bulan encik husband pun kena tidur luar.


Kalau nak cakap tentang rasa, my friend ada rekomen pasal Friso, product by Dutch Lady line. maybe tak loya sangat untuk ibu mengandung punye tekak ni. I rekomen untuk semua ibu mengandung cuba melawat ke laman web semua susu ibu mengandung ni dan try minta sampel. selalunya company ni akan bagi sample untuk korang try. dari situ boleh la pilih mana satu idaman hati.

Last but not least, jenama Frisian Flag, yang ni branding untuk Dutch Lady gak. Ini pun susu ibu mengandung. Dengar nya Frisco Flag ni nama lain bagi Dutch Lady terutamanya di Indonesia. Sekarang susu ibu Frisian Flag ni banyak boleh dapati peniaga pasar jual sekarang ni


Korang share la jugak pengalaman minum susu ibu mengandung korang di ruangan komen ye

7 Pantang Larang ketika Hamil

Gembiranya hati bile dapat tau si kecik buah jantung hati dah duduk dalam perut. terutamanya buat ibu-ibu muda macam kiter-kiter ni. First baby lak tu...Berdebar rasa takut ngan gembira , semua ada dalam perasaan. Tapi level teruja tu lebih la dari takut tu, time awal ni siap dah fikir nak bagi nama anak apa walaupun baru je tau diri ni pregnant.


Tu la special nya bila bab dapat tau dah berbadan dua ni. Bagi yang baru nak bergelar mommy, mama, ibu, ummi ni, mesti banyak benda nak tau tentang tips nak jaga kandungan. Selalunya time gini, kawan-kawan, mak dan juga sedara mare yang ada experience ni la yang dijadikan rujukan. Terutamanya time trimester pertama ni, waktu yang sangat delicate buat para ibu mengandung. Time ni si bayi kecik tu tengah berusaha nak melekat di rahim. Pembentukan awal ni sangat sensitif sikit dan perlu perhatian lebih.

So, jum kita tengok Top 10 pantang larang yang korang akan dengar dari kawan-kawan, mak dan jugak makcik-makcik

1) Paling top: Jangan minum Air Kelapa atau Nenas

Dikhuatiri nanti anak akan gugur. Bab Nenas tu sebab die berunsur tajam. tapi Air kelapa ni tak sure la sebab ape. Tapi anak punya pasal. I follow....

2) Jangan Mandi Malam

Yang ni sebab takut ketumban nanti berlebihan air. Ni mungkin akan memudaratkan bayi dalam kandungan. Logik kot rase nye bende ni sebab isu paru-paru berair pun ade kaitan dengan mandi malam jugak kan. So no mandi malam for me, mandi before jam 7. agak2 kalau tak sempat mandi sebelum malam, kite lap2 kan je badan ngan kain basah.

3)Jangan makan betik

Yang ini kire first time gak tau, ni pun sebab my doctor yang nasihatkan lepas I check my dear baby. Nasib baik tak pernah makan sebelum ni. Terus I remind my hubby untuk take note pasal benda ni. Sebab betik ni pon efek macam yang air kelapa dan nenas tu. boleh gugur kandungan.

4)Jangan memburu atau membunuh binatang

Bab ni boleh kate a BIG NO-NO terutamanya untuk encik hubby korang semua. banyak dah dengar anak keluar kena kenan la. risau bab ni sebab banyak cerita berkaitan benda ni. walaupon benda ni berkaitan dengan spiritual dan tak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik, tapi faham-faham lah ye alam ghaib ni semua. In sha Allah kite kena sayangi binatang. penuh belas kasihan dan doa kan yang terbaik.

5) Kurangkan makan buah Oren.

Takut nanti anak akan banyak kahak. kesian kat anak nanti. So elakkan la ye. jangan risau banyak lagi buah lain yang boleh dimakan...

6) Kurangkan makan pisang

Ni nanti takut rambut anak terlebih lebat. Tapi syok jugak kalau anak rambut lebat-lebat ni. mesti kacak dan cantik nanti. cuma kena control la sikit. tak salah pun kalau nak makan. I sendiri pun harap anak I ada rambut yang lebat nanti macam anak Cik Ta (Rozita Che Wan in case yang x kenal tu).



7)Elak minuman bergas dan Kafein

Ini pun berkenaan takut kandungan mudah gugur. But untuk kafein tu my doktor cakap sebab kafein bertindak untuk menyerap kalsium dan baby kita perlukan kalsium untuk tumbesaran, itu yang bahaya. takut kang kandungan tak dapat kalsium yang sucukupnya

So, itu lah 7 Pantang Larang ketika Hamil. Harap dapat membantu para ibu semua. tak sabar rasa nya nak dapat my own child. Yang penting ini atas kurniaan Allah, jangan biar pantang larang ni melebihi syariat Islam.