Assalamualaikum,
Kali ni I nak cerita pasal Jenama Susu Ibu Hamil Terbaik untuk korang pilih time pregnant ni. Sebenarnya bab nak amalkan minum susu ni sangat baik even kalau di luar waktu pregnant sebab susu ni mengandungi pelbagai khasiat, vitamin yang baik untuk badan.
As for ibu mengandung pulak, memang la sangat digalakkan bagi mendapatkan nutrien yang lengkap selengkapnya untuk si cilik dalam kandungan tu. Susu untuk wanita hamil ni selalunya lengkap dengan asid folic, zat besi, kalsium dan lain-lain yang amat diperlukan bagi tumbesaran anak dalam perut tu.
Kalsium sangat penting untuk tumbesaran tulang anak
"Anda mungkin nak tau tentang makanan nak elak kalsium badan tak sampai kat kandungan:" http://dairylovebymama.blogspot.com/2014/11/7-pantang-larang-ketika-hamil.html
Actually banyak pilihan untuk para ibu memilih susu ni kerana syarikat2 ni tau kepentingan susu ni kepada ibu hamil. Rasa nye tak sah kalau tak mulakan review tentang susu ibu mengandung ni kalau tak cerita pasal Anmum. I rasa Anmum adalah the most popular susu bagi ibu mengandung. sebut je susu ibu mengandung mesti ingat Anmum. Anmum for pregnant ladies ada dalam 3 perisa, vanilla, cokolat and mango. ikut pilihan masing-masing tentang perisa tu. I personally suka Anmum mango sangat la terasa mango nya. Yela sebab I bukan la peminat tegar minum susu ni, so nak cover die punye bau tu I biar mango counter bau susu tu.
Lepas tu here comes Dumex , salah satu pesaing Anmum yang sangat popular dalam industri ibu mengandung ni. Tapi I tak pernah try lagi Dumex ni. But ada sesetangah orang yang cakap tak tahan dengan bau Dumex Mama. but maybe tu sebab hidung sensitif, biasa la kan hidung ibu mengandung. Pantang bau-bauan yang pelik. Silap hari bulan encik husband pun kena tidur luar.
Kalau nak cakap tentang rasa, my friend ada rekomen pasal Friso, product by Dutch Lady line. maybe tak loya sangat untuk ibu mengandung punye tekak ni. I rekomen untuk semua ibu mengandung cuba melawat ke laman web semua susu ibu mengandung ni dan try minta sampel. selalunya company ni akan bagi sample untuk korang try. dari situ boleh la pilih mana satu idaman hati.
Last but not least, jenama Frisian Flag, yang ni branding untuk Dutch Lady gak. Ini pun susu ibu mengandung. Dengar nya Frisco Flag ni nama lain bagi Dutch Lady terutamanya di Indonesia. Sekarang susu ibu Frisian Flag ni banyak boleh dapati peniaga pasar jual sekarang ni
Korang share la jugak pengalaman minum susu ibu mengandung korang di ruangan komen ye
0 comments:
Post a Comment