Sunday, 19 April 2015

Adab Dan Cara Menyambut Kelahiran Dalam Islam

Hari I nak kongsi tentang Adab dan Cara Menyambut  kelahiran Dalam Islam. Persediaan untuk bakal ibu dan ayah yang bakal menimang cahaya mata,tak sabar rasanya untuk  melihat si kecik lahir kan.
 Thanks uncle google tuk gambar comel


1.Azan Dan Iqmah

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau wali disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan Iqmah di telinga kiri.

Ini berdasarkan hadith riwayat Abu daud dan al- Tarmizi  yang menyatakan nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hassan bin Ali

2. Tahnik Anak

Tahnik digalakkan selepas anak dilahirkan,Caranya ialah dengan mengunyah Tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah  lumat dikunyah itu ke hujung jari,di masukkan perlahan-lahan ke dalam mulut anak tadi terutamanya di dalam lelangit, jika tiada tamar boleh juga di gantikan dengan apa jua  makan manis dan lembut yang lain.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi dan menggalakannya untuk minum susu ibu, Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan
Tahnik di masa yang berbeza juga tidak mempunyai halangan.

3. Menamakan bayi

Tasmiah bermaksud menamakan bayi, ibu dan bapa di sunatkkan untuk menamakan bayi  sama ada dari hari pertama atau pun ketujuh. Nabi s.a.w bersabda bahawa " namakkan mereka (bayi) dengan nama para nabi dan sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam. Seburuk-buruknya ialah Harb  dan Murrah".

4. Mencukur jambul atau rambut anak yang baru lahir

Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. 

Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. 
 Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

6. Sunat membuat aqiqah

Aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah.

 Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

5. Mengkhatankan anak.

 Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh

 Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.